fbpx

Oscar Piastri tempah petak utama GP China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANDU McLaren, Oscar Piastri tempah petak utama selepas mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan Grand Prix (GP) China 2025, sebentar tadi. -AFP

SHANGHAI – Pelumba pasukan McLaren, Oscar Piastri akhirnya menamatkan penantian selepas berjaya menempah petak utama dalam karier Formula Satu (F1) selepas mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan Grand Prix (GP) China 2025, sebentar tadi.

Piastri bukan sahaja menewaskan rakan sepasukan Lando Norris, malah turut memecahkan rekod pusingan dengan catatan satu minit 30.641 saat.

Lebih manis, ini adalah kali pertama Piastri berjaya menempah petak hadapan semenjak menyertai pasukan McLaren semenjak musim 2023.

Kejayaan tersebut meletakkan Piastri dalam kedudukan terbaik untuk memburu kemenangan sulungnya dalam perlumbaan sebenar esok selepas sekadar menamatkan perlumbaan pecut di tempat kedua pagi tadi.

Namun, harapan McLaren untuk mendominasi barisan hadapan sedikit tergugat apabila pelumba Mercedes, George Russell berjaya melakukan pecutan terakhir untuk memintas Norris yang sekadar menduduki tempat ketiga.

“Saya sangat gembira kerana ini kali pertama saya berada di petak pertama dan pastinya kami akan melakukan terbaik esok,” kata Piastri.

Sementara itu, juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton, yang memenangi perlumbaan pecut gagal mengekalkan momentumnya dalam sesi kelayakan.

Pemandu Ferrari itu hanya mampu mencatat masa kelima terbaik, di belakang juara bertahan Max Verstappen (Red Bull).

Ferrari sekali lagi berdepan kesukaran apabila Charles Leclerc turut gagal memberi saingan sengit dan hanya berada di tempat keenam. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI