fbpx

Mangsa banjir PPR Desa Mutiara dikecualikan bayaran sewa 2 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Jafni melawat salah sebuah rumah yang rosak ketika meninjau di PPR Desa Mutiara, Bandar Dato Onn, Johor Bahru hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Seramai 152 penghuni di tingkat bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Mutiara yang terjejas akibat banjir bakal menikmati pengecualian bayaran sewa selama dua bulan mulai April dan Mei ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Mohd. Jafni Md Shukor berkata, selain kediaman, sebanyak 40 unit kedai yang turut mengalami kerosakan akibat banjir juga dikecualikan daripada membayar sewa bulanan sebanyak RM124.

“Kerajaan negeri memahami kesusahan yang dialami mangsa dan langkah ini diharapkan dapat mengurangkan beban mereka,” katanya kepada Kosmo! ketika meninjau kawasan tersebut.

Tambahnya, sebuah pasukan petugas khas (task force) yang melibatkan Pejabat Daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta agensi kerajaan lain telah ditubuhkan bagi menangani masalah banjir di kawasan ini.

Sementara itu, seorang penduduk, Mohd Azwan Jalaludin, 43, berkata kejadian banjir kali ini adalah yang paling teruk pernah dialaminya sepanjang 15 tahun menetap di Blok 21, PPR Desa Mutiara.

“Kerugian dianggarkan lebih RM3,000. Nampaknya tahun tiada sambutan raya kerana semua peralatan perabot dan elektrik rosak,” jelasnya.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana kerajaan negeri memberi pengecualian bayaran sewa selama dua bulan yang sedikit sebanyak meringankan beban kewangan keluarganya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI