fbpx

Mangsa banjir di Johor lebih 13,000 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penduduk membersihkan rumahnya akibat banjir besar yang berlaku berikutan hujan lebat berterusan selama tiga hari lalu di Kampung Pasir Tebrau, Bandar Dato Onn, Johor Bahru. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Keadaan banjir di negeri ini bertambah buruk apabila jumlah mangsa banjir meningkat kepada lebih 13,089 penduduk daripada 3,749 keluarga setakat pukul 8 pagi tadi.

Kesemua mangsa banjir ini ditempatkan di 95 pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan di enam daerah yang terjejas iaitu di Johor Bahru, Kluang, Pontian, Kota Tinggi, Kulai dan Batu Pahat.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah itu meningkat berbanding 11,964 penduduk daripada 3,594 keluarga di 100 PPS yang direkodkan pada 6 petang semalam.

Katanya, Johor Bahru merupakan daerah paling teruk terjejas banjir apabila merekodkan pertambahan mangsa seramai 1,018 daripada 123 keluarga menjadikan seramai 5,402 penduduk daripada 1,532 dipindahkan ke 27 PPS.

“Kluang merupakan kedua yang terjejas mencatatkan penurunan daripada 2,734 penduduk membabitkan 786 mangsa kepada 2,458 penduduk daripada 708 keluarga, sebanyak lima PPS ditutup.

“Pontian turut mencatatkan sedikit penurunan kepada 1,782 penduduk daripada 488 keluarga di 21 PPS berbanding 1,866 penduduk daripada 510 mangsa di 22 PPS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmi yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, mangsa banjir Kota Tinggi meningkat sedikit daripada 1,661 penduduk daripada 484 keluarga kepada 1,690 penduduk daripada 491 keluarga di 15 PPS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI