fbpx

Mahasiswa buat benda tidak senonoh dalam perpustakaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan perbuatan tidak senonoh yang dilakukan pelajar terbabit di sebuah perpustakaan universiti swasta.

SUBANG JAYA – Polis menyiasat video tular memaparkan seorang mahasiswa melakukan perbuatan tidak senonoh di sebuah perpustakaan institut pengajian tinggi swasta.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, laporan dibuat oleh orang awam mengenai dua video tular itu pada semalam kira-kira pukul 9.28 malam.

Ujarnya, hasil siasatan awal mendapati rakaman video itu memaparkan seorang lelaki disyaki pelajar sebuah universiti swasta telah melakukan perbuatan tidak senonoh di perpustakaan sambil menonton video di komputer ribanya.

“Buat masa ini, pelajar tersebut belum beri keterangan lagi. Kita akan minta keluarga suspek bawa minggu depan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan, 14 Akta Kesalahan Kecil yang memperuntukkan penjara maksimum tiga bulan, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Wan Azlan lagi, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang perbuatan tidak senonoh atau kelakuan aib di tempat-tempat awam.

Sekiranya sesiapa mempunyai maklumat mengenai kejadian ini, boleh tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk membantu siasatan.

Orang ramai juga boleh berhubung dengan Inspektor Vanitha Balakrishnan di talian 017-2229832 atau 03-7862 7222.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman memaparkan seorang lelaki dipercayai pelajar melakukan perkara tidak senonoh di perpustakaan sebuah universiti swasta.

Perbuatan itu dilakukan secara terang-terangan sambil pelaku menonton video di komputer ribanya.

Sebuah lagi video turut tular di mana pelaku berkenaan telah diarak masuk ke dalam kawasan kampus oleh para pelajar lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI