fbpx

Lima cedera, bas persiaran rempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dengan sebuah lori di Kilometer 43 Lebuh Raya Elite menghala ke Nilai, pagi tadi.

SEREMBAN – Seramai lima penumpang termasuk pemandu bas dan pemandu pelancong cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dengan sebuah lori di Kilometer 43, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Nilai, pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8 pagi tadi sewaktu bas persiaran yang membawa pelancong warga China itu sedang dalam perjalanan dari utara ke selatan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 1 dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Azmi Hamid berkata, terdapat 20 orang mangsa terlibat dalam kejadian dan daripada jumlah itu, lima daripada mereka telah mengalami kecederaan.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila bas persiaran yang membawa 20 pelancong terbabit merempuh belakang sebuah lori membawa muatan plastik yang berada di laluan sama.

“Terdapat lima mangsa cedera, termasuk seorang pemandu bas, seorang pemandu pelancong dan tiga pelancong warga China masing-masing berusia lingkungan 40-an, manakala penumpang yang lain terselamat.

“Tindakan anggota ialah melakukan kerja-kerja mengeluarkan kesemua mangsa di dalam bas dan memberi rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). Tiada mangsa tersepit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI