fbpx

Leona minta didoakan jodoh, Azhar ‘pangkah’ doktor, arkitek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASIH dengan impian menamatkan zaman bujang, sempena 10 malam terakhir Ramadan tahun ini, Leona minta Azhar Sulaiman doakan jodoh terbaik untuknya.

PETALING JAYA – Mengharapkan berkat 10 malam terakhir Ramadan, pempengaruh media sosial sensasi, Leona meminta bapanya juga pelakon, Azhar Sulaiman mendoakan jodoh terbaik buat dirinya.

Leona atau nama penuhnya Kasih Iris Leona Azhar berkata, dia meminta perkara tersebut kerana didorong rasa percaya bahawa doa daripada ibu bapa antara paling hebat di dunia ini.

“Sempena 10 malam terakhir Ramadan ini, ‘daddy’ (panggilan untuk Azhar), tolong doakan saya bertemu dengan jodoh yang sempurna.

“Doa ibu bapa adalah paling berkuasa dan saya harap perkara tersebut menjadi kenyataan,” katanya dalam perbualan WhatsApp dengan Azhar.

Sementara Azhar pula pastinya akan mendoakan terbaik buat anak bongsunya itu namun tetap memiliki syarat tertentu.

“Daddy doakan awak akan jumpa jodoh yang terbaik di dunia dan akhirat.

“Jangan doktor atau arkitek. Akauntan okey!.

“Paling terbaik ialah kalau jodoh duduk Pencala, Taman Tun Dr. Ismail, Bangsar, Damansara, Subang, Taman Melawati, Taman Megah dan Kelana Jaya,” ujarnya.

TANGKAP layar perbualan mesej antara Leona dan bapanya, Azhar Sulaiman.

Sementara netizen dalam ruangan komen pula terhibur dengan perkara tersebut namun berpendapat kriteria yang ditolak Azhar itu akan muncul kelak.

“Selalunya yang kita tak mahu akan muncul. Selamat berjaya Leona!

“Semoga Leona jumpa jodoh yang baik!

“Harap doa daddy termakbul, tapi kenapa tak mahu doktor dan arkitek?” komen netizen.

Sebelum ini, Leona, 22, pernah menyuarakan hasrat ingin mendirikan rumah tangga pada 2025 biarpun belum mempunyai kekasih.

Azhar mengizinkan sekiranya Leona mahu berkahwin awal bagaimanapun meletakkan beberapa syarat kepada mana-mana individu yang bakal menjadi menantunya seperti bukan perokok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI