PETALING JAYA – Seorang lelaki bersenjatakan pistol bertindak berani mati apabila menyamun sebuah kedai emas di sebuah pasar raya Kota Damansara, petang tadi.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika tiga pekerja dan seorang pelanggan sedang berada di dalam kedai emas berkenaan.
Suspek yang memakai topeng muka serta baju jenis hoodie secara tiba-tiba telah datang ke arah mangsa dan mengeluarkan sepucuk pistol.
Kesemua mangsa kemudian diarah tunduk oleh suspek yang mengacukan pistol sebelum bertindak melarikan sejumlah barangan kemas dan wang tunai.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.
Ujarnya, kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE