fbpx

Legenda tinju dunia, George Foreman meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas peninju profesional, George Foreman.

LOS ANGELES – Dunia tinju kehilangan lagenda tinju berpengalaman apabila bekas juara heavyweight dari Amerika Syarikat (AS), George Foreman meninggal dunia pada usia 76 tahun.

Foreman yang terkenal dalam perlawanan ikonik menentang Muhammad Ali pada tahun 1974 menghembuskan nafas terakhir semalam.

Keluarga Foreman dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa mendiang meninggalkan mereka dalam keadaan tenang dan dikelilingi keluarga tersayang.

“Kami dengan penuh dukacita mengumumkan pemergian George Edward Foreman Sr. Kami amat menghargai segala kasih sayang dan doa yang diberikan serta meminta ruang untuk menghormati kehidupannya yang luar biasa,” kata kenyataan itu.

Foreman lahir di Texas pada 10 Januari 1949 itu mula menempa nama dalam dunia tinju selepas memenangi pingat emas kategori heavyweight di Sukan Olimpik Mexico 1968.

Dua tahun kemudian, beliau memulakan karier profesional dan menjadi juara dunia selepas menumbangkan Joe Frazier pada 1973.

Bagaimanapun, namanya semakin dikenali selepas pertarungan bersejarah ‘Rumble in the Jungle’ dengan Muhammad Ali pada tahun 1974.

Kekecewaan daripada kekalahan itu menyaksikan Foreman bersara daripada dunia tinju pada 1977 selepas tewas kepada Jimmy Young.

Pada 1994, Foreman membuktikan bahawa usia bukan penghalang apabila berjaya merampas semula gelaran juara dunia heavyweight dengan menewaskan Michael Moorer.

Kemenangan itu menyaksikan beliau menjadi juara heavyweight tertua dalam sejarah pada usia 45 tahun. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI