fbpx

Jemaah rebah sebelum meninggal dunia selepas solat subuh di masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Masjid Rahmah Langsa Baro, Aceh. - Foto Facebook

BANDA ACEH – Seorang jemaah meninggal dunia selepas mengerjakan solat subuh di Masjid Rahmah Langsa Baro, Aceh, semalam, lapor portal berita Serambinews.com.

Menerusi rakaman Televisyen Litar Tertutup (CCTV), jemaah itu, Irwan Usman, 43,  sedang duduk berzikir sebelum tiba-tiba rebah ke pangkuan salah seorang jemaah yang berada di sebelahnya.

Irwan kemudian cuba dibangunkan oleh jemaah lain kerana diianggap tertidur.

Namun, bapa kepada dua orang anak itu tidak lagi bangun apabila dikejutkan oleh jemaah lain. 

Denyut nadi Irwan didapati tidak ada lagi selepas diperiksa oleh jemaah lain. 

“Kita kemudian menghubungi keluarga Irwan dan atas kesepakatan keluarga membawa jenazah Irwan ke Hospital Langsa terlebih dahulu,” kata Imam Masjid Rahmah, Asman Asyi’ari. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI