KALAU sudah namanya Fattah Amin, lakukanlah apa sahaja pasti akan viral.
Boleh dikatakan, Fattah merupakan antara selebriti lelaki yang sedang meledak dan menjadi bualan hangat netizen.
Terbaharu, tular video Fattah menandatangani sebuah kad untuk peminatnya, namun paling mencuri perhatian netizen adalah jarinya yang runcing!
Kata netizen, jari Fattah sangat cantik selain sempat mengusik Amira Othman kerana bakal memiliki lelaki berjari runcing.
“Jari Fattah kalah orang perempuan. Bertabahlah Amira, mesti rasa tak yakin dengan jari sendiri bila bergambar dengan Fattah.
“Cantik dan sempurna jari Fattah. Bukan wajah sahaja kacak, jari pun elok kejadiannya,” seloroh netizen.