fbpx

‘Jahatnya mulut acik, ingat saya tak sayang anak ke’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTAN Najuwa naik berang dikatakan tidak mempedulikan anak sulungnya yang banyak diuruskan oleh pengasuh.

PETALING JAYA – Pelakon Datin Intan Najuwa menepis dakwaan kononnya tidak rapat atau ‘bonding’ dengan anak sulungnya, Imane Lunara hanya kerana mempunyai ramai pembantu rumah.

Ujar Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, dia tidak pernah berenggang dengan bayi perempuan berusia tiga bulan itu malah sentiasa membawanya ke mana sahaja.

“Kepada yang kata saya tiada bonding dengan anak tu, kau tahu tak, aku ni pergi kedai runcit 10 meter depan rumah pun aku angkut anak.

“Tak pernah tinggal budak ‘dobot’ ini. Tengah masak pun dia duduk dapur tau sebelah mommy,” katanya menerusi Instagram Story berserta foto anaknya.

Tambah pelakon drama Tuan Danial itu, tuduhan dilemparkan segelintir pihak sangat tidak berasas kerana dia sendiri tidak sanggup berjauhan dengan anaknya walaupun sekejap.

“Jahatnya mulut acik, ingat saya tak sayang anak ke. Kalau boleh nak masuk perut balik ini senang nak bawa pergi mana-mana, tak nak berjauhan,” ujarnya lagi.

Semakan menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mempertahankan pelakon itu selain hairan dengan segelintir pihak yang seperti sengaja menuduh semua itu.

“Kenapa suka sangat pertikai cara orang jaga anak? Setiap ibu ada cara tersendiri,” kata seorang pengguna media sosial.

“Dia ada pembantu rumah pun masih jaga anak sendiri. Yang iri hati tu kenapa?” komen seorang lagi netizen.

“Tak semua ibu ada pilihan macam Intan, tapi tak bermaksud dia tak sayang anak. Asalkan anak terjaga sudah cukup,” tulis seorang pengguna lain.

Intan mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Asraf Azman pada 18 Ogos 2023.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata pertama, Imane Lunara, pada 15 Disember lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI