fbpx

Ibu simbah anak dengan air panas sebab main alat solek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun cedera akibat disimbah air panas dipercayai oleh ibunya yang berang kerana mangsa bermain menggunakan alat solek miliknya di Batu Berendam di sini pada Khamis lalu.

Menurut sumber, kejadian terbongkar apabila seorang guru kanak-kanak terbabit terlihat kesan lebam pada tangan kiri dan belakang badan mangsa ketika berada di sekolah semalam.

Katanya, guru berkenaan bertanyakan punca kecederaan itu sebelum kanak-kanak tersebut memberitahu dia telah disiram dengan air panas dan dipukul di rumah pada malam sebelumnya.

“Mangsa mendakwa dia dipukul menggunakan alat pengurut tangan selepas bermain alat solek milik ibunya. Selain itu, dia mendakwa disiram satu hingga dua cawan air panas,” kata sumber itu.

Susulan itu, guru tersebut telah membawa kanak-kanak itu mendapatkan rawatan di Hospital Melaka dan mangsa kini ditahan di wad untuk pemantauan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi berkata, suspek telah direman sehari bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI