PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah malam ini.
MetMalaysia dalam satu hantaran memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 1 pagi.
“Cuaca buruk di Kedah dijangka berlaku di kawasan Kulim dan Bandar Baharu manakala bagi negeri Pulau Pinang pula di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
“Di Perak pula, cuaca dijangka buruk di Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak,” katanya.
Selain itu, hujan lebat dan angin kencang di Pahang dijangka berterusan di kawasan Raub, Jerantut, Bentong, Temerlon dan Maran.
“Selain itu, di negeri Selatan yang dijangka terjejas seperti Selangor di Sabak Bernam dan Hulu Selangor manakala Johor di Muar dan Batu Pahat.
“Di Sabah, kawasan yang dijangka hujan lebat adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan, dan Keningau), Pantai Barat (Papar),” ujarnya.
Manakala, kawasan yang dijangka cuaca buruk di Sarawak melanda di Miri (Telang Usan) dan Limbang. – KOSMO! ONLINE