PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Sabah sehingga Isnin ini.
Menurut MetMalaysia, antara kawasan terlibat di Kelantan adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.
“Selain itu, di Terengganu melibatkan semua daerah juga dalam tempoh esok dan Isnin.
“Bagi Sabah pula, kawasan berisiko dilanda hujan berterusan adalah Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan),” lapor MetMalaysia dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE