fbpx

Henti guna agama, kaum dalam setiap isu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramanan hadir Majlis Pelancaran Jualan Madani Raya sempena Aidilfitri, di Subang Bestari. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

SHAH ALAM – Ahli-ahli politik dan orang ramai diseru supaya berhenti mengaitkan agama dan kaum dalam setiap isu atau perkara yang berlaku di negara ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan berkata, itu termasuk isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman berhampiran Jalan Masjid India yang menjadi tumpuan ketika ini.

“Saya pernah sebutkan sebelum ini, kita mesti hentikan politik kaum ini, menghasut, menggunakan agama kerana ia tidak sihat untuk masyarakat. Ini bukan contoh yang kita mahu tunjukkan untuk generasi akan datang.

“Bagi saya, sudah tentu ini isu yang sensitif, tetapi apa yang paling semua orang harus berhenti menggunakan kaum dan agama dalam semua perkara,” katanya ketika ditemui pada program Jualan Madani Raya di Subang Bestari, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sedang mencari penyelesaian yang terbaik berhubung isu kuil berkenaan.

“Ketika ini kita juga berdepan situasi sukar kerana tanah itu merupakan tanah persendirian seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri.

“Jadi, ketika ini kita sedang membuat rundingan bagi mendapatkan penyelesaian yang terbaik berhubung isu ini,” katanya.

Terdahulu, Anwar menasihatkan semua pihak supaya tidak cuba menjadi ‘jaguh’ dalam isu penempatan semula Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI