fbpx

Enam stesen pemancar 5G terjejas akibat banjir di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nie Ching bertanya khabar mangsa banjir di PPS Dewan Senai Utama, Kulai.

KULAI – Sebanyak enam stesen pemancar telekomunikasi 5G di negeri ini telah terjejas akibat banjir yang melanda negeri sejak kelmarin.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, ia melibatkan lima stesen pemancar di Johor Bahru dan satu di Pontian.

“Semua stesen pemancar 5G ini terjejas akibat bekalan elektrik yang terhenti, meski begitu ia tidak mengganggu perkhidmatan 4G.

“Justeru situasi ini akan terus dipantau dan kita percaya stesen tersebut akan dapat beroperasi semula selepas bekalan kembali pulih semula,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Senai Utama, di sini hari ini.

Nie Ching berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengambil inisiatif menyediakan Wi-Fi percuma di PPS yang padat di Sabah, Sarawak dan Johor.

Katanya, secara keseluruhan empat PPS di Sabah telah dipasang Wi-Fi, sementara 12 di Sarawak dan dua di Johor.

“PPS di negeri ini yang dipasang Wi-Fi membabitkan Dewan Senai Utama dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Batu, sementara dua lagi akan dipasang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuo Kuang dan Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI