fbpx

Elakkan pembaziran makanan di bulan Ramadan – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika majlis Ihya Ramadan di Bagan Datuk semalam.

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, saban tahun, berpuluh ribu tan makanan terbuang sepanjang tibanya bulan Ramadan.

Jelas Presiden UMNO itu lagi, Ramadan mengajar kita untuk menghargai rezeki dan berkongsi dengan mereka yang memerlukan.

“Jangan biarkan makanan yang masih elok berakhir di tong sampah – lebih baik disedekahkan kepada yang memerlukan.

“Mari kita jadikan Ramadan ini lebih bermakna dengan mengamalkan kesederhanaan dan mengurangkan pembaziran.” tulis beliau dalam satu hantaran terbaru di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut berkongsi momen dan suasana semasa Program Ihya’ Ramadan Al-Mubarak 1446H di Bagan Datuk tempoh hari.

“Alhamdulillah, gembira dapat bersama warga Bagan Datuk menghayati keindahan Ramadan dalam semangat ukhuwah dan kebersamaan.

“Semoga setiap doa dan amalan kita diterima serta diberkati oleh Allah SWT,” tulis beliau lagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI