fbpx

Doktor dipuji lewat buka puasa kerana rawat pesakit jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Hospital Lifecare di Abu Dhabi. - Foto YouTube/Hospital Lifecare

DUBAI – Seorang doktor dan dua jururawat sebuah hospital swasta di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) lewat berbuka puasa demi menyelamatkan nyawa seorang pesakit, lapor portal berita Gulf News semalam.

Pakar Perubatan Kecemasan Hospital Lifecare, Dr. Aboobacker Sidhique bersama dua jururawat iaitu Kalith Enayathulla dan Rakhila Mohandas lewat  berbuka kerana merawat seorang pesakit yang menunjukkan simptom sakit jantung.

Pada pukul 6.25 petang (waktu tempatan), ketika pasukan kecemasan bersiap untuk berbuka puasa, siren kecemasan dibunyikan.

Seorang pesakit bernama Abdul Rahim mengalami sakit dada yang teruk dan sesak nafas.

“Kami sedang membasuh tangan dan muka kami. Ia adalah hari yang panjang di wad  kecemasan dan  tiba-tiba,  seorang pesakit tiba dengan menaiki ambulans,” kata Aboobacker.

Selepas pukul  7.30 malam (waktu tempatan) mereka baharu berbuka puasa setelah merawat pesakit tersebut.

Pesakit itu turut mengucapkan  terima kasih kepada pasukan perubatan kerana penglibatan dan dedikasi yang ditunjukkan oleh mereka. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI