fbpx

Bentuk hidung diperlekeh, lakonan buruk kena kecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAK Saif Ali Khan iaitu Ibrahim berang apabila ada pihak yang mengkritik fizikalnya.

SEJAK memulakan langkah dalam industri Bollywood menerusi filem Nadaaniyan, pelakon baharu yang juga anak kepada Saif Ali Khan iaitu Ibrahim Ali Khan sering menjadi mangsa kecaman netizen.

Biarpun sering dipuji memiliki wajah tampan persis bapanya, namun bakat pelakon berusia 24 tahun itu nampaknya seperti diperlekehkan peminat filem Bollywood.

Lebih parah apabila heroin gandingannya iaitu Kushi Kapoor yang merupakan anak kepada mendiang Sridevi turut menerima kecaman yang sama.

Kedua-dua mereka dihentam teruk kerana menampilkan lakonan yang buruk. Maka, isu nepotisme (menggunakan pengaruh keluarga) di Bollywood kembali hangat diperkatakan.

Tambahan pula penerbit filem tersebut ialah Karan Johar yang sememangnya terkenal sebagai penyokong produk nepotisme.

Namun ada satu kritikan yang membuatkan Ibrahim berang dan membalas kritikan tersebut.

Pengkritik filem berasal dari Pakistan yang dikenali sebagai Tamur juga ‘menghentam’ lakonan Ibrahim dan mengkritik bentuk hidung aktor tersebut yang kelihatan besar.

MENERIMA momen berbau ‘body shamming’, ramai peminat tetap menyokong kecaman balas Ibrahim terhadap individu mulut dalam media sosial.

Malah, Tamur mencadangkan agar Ibrahim melakukan pembedahan plastik untuk mengecilkan hidungnya.

Tidak berdiam diri, Ibrahim membalas kritikan tersebut menerusi hantaran mesej peribadi kepada Tamur yang kemudiannya dikongsikan Tamur dalam akaun media sosialnya.

“Kamu memiliki nama hampir sama dengan adik lelaki saya, Taimur. Tetapi tahu apa yang kamu tidak miliki? Wajahnya. Kamu adalah secebis sampah yang hodoh.

“Kata-kata kamu sangat tidak relevan, sama seperti diri kamu sendiri. Saya rasa sangat sedih untuk diri kamu dan keluarga kamu.

“Jika saya terjumpa awak di jalanan satu hari nanti, saya akan pastikan kamu menjadi lebih hodoh daripada diri kamu sekarang. Kamu adalah najis!,” katanya.

Ramai netizen yang mengecam pengkritik tersebut kerana memberikan komen berunsur ‘body shaming’ terhadap Ibrahim dan kemudian cuba berlagak sebagai mangsa keadaan.

“Kamu yang terlebih dahulu membuat jenaka tentang hidung Ibrahim. Jadi kenapa sekarang kamu mahu berlagak seperti mangsa?” komen netizen.

Filem Nadaaniyan mula ditayangkan dalam platform penstriman Netflix sejak 7 Mac lalu. Selain Ibrahim dan Khushi, filem arahan Shauna Gautam itu turut menampilkan pelakon senior seperti Suniel Shetty, Mahima Chaudhry dan Dia Mirza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI