fbpx

Bantuan khas RM11 juta untuk mangsa banjir di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Onn Hafiz mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Bantuan Khas Kewangan Bencana Banjir di Saujana, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL) Gelombang Kelima berjumlah lebih RM11 juta bagi membantu mangsa banjir di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bantuan RM3,000 akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidilfitri kepada 3,749 ketua isi rumah (KIR) yang berdaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh daerah terjejas banjir.

Katanya, bantuan ini merupakan hasil kerjasama antara kerajaan negeri, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ).

“Mangsa banjir yang terjejas tetapi tidak mendaftar di PPS juga masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan bagi pertimbangan bantuan.

Jelasnya, permohonan boleh dibuat di Pejabat Daerah yang terlibat iaitu Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Pontian, Kluang dan Batu Pahat sehingga akhir April 2025,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri turut memberikan bantuan RM500 kepada 441 peniaga bazar Ramadan yang terjejas di kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT).

“Enam masjid, 17 surau dan 43 institusi pendidikan yang merangkumi sekolah agama, sekolah rendah, sekolah menengah serta kolej vokasional yang terjejas banjir juga akan menerima bantuan baik pulih daripada kerajaan negeri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI