fbpx

‘Badan makin gemuk, saya lebih dengar apa yang tubuh mahukan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Alya Iman mengakui banyak menerima teguran berhubung fizikalnya yang kelihatan semakin berisi. Foto - IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Demi menjaga kesihatan mental, pelakon Alya Iman enggan menghiraukan perkara yang boleh memberi tekanan terhadap dirinya.

Menurut Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil, 24, dia kini sering ditegur tentang bentuk tubuhnya yang semakin berisi ketika ini.

“Tahun ini ramai yang kecam saya sebab berat badan saya bertambah dan saya nampak berisi. Malah saya turut ditegur pengarah yang perasan saya semakin gemuk.

“Sebagai artis, saya sedar saya kena jaga penampilan kerana kita umpama satu karya seni yang ingin ditunjukkan kepada masyarakat. Tapi pada masa sama, saya selalu cakap yang saya juga manusia biasa.

“Saya kena jaga kesihatan mental saya terlebih dahulu barulah saya jaga yang lain,” katanya ditemui pada majlis ramah mesra dan berbuka puasa Stars Powerhouse Entertainment, semalam.

Aktres jelita itu mengakui berat badannya ketika ini mencecah angka 66 kilogram (kg) iaitu melebihi sasarannya iaitu bawah 60kg seperti yang ditetapkan sebelum ini.

Tambahnya, pengalaman berdepan kemurungan tahun lalu turut mengajar dirinya untuk utamakan kesihatan mental berbanding perkara lain.

“Tahun lepas saya tidak seperti diri saya sendiri akibat mengalami tekanan dan kemurungan. Keadaan ini berlaku disebabkan kawan baik saya meninggal dunia.

“Saya juga tak mahu keluar rumah dan tak keluar bekerja selama lima bulan. Justeru tahun ini saya nak jenamakan semula diri ini dan hanya nak gembirakan diri sahaja.

“Kalau sebelum ini saya akan ambil berat jika ada perkara negatif berlaku pada diri sendiri dan orang sekeliling, tapi tahun ini saya akan buat tak tahu dan tak akan masuk campur sebab tak mahu serabutkan fikiran,” jelasnya lagi.

Mengakui dirinya semakin matang selepas mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran, anak kepada Allahyarham Azmil Mustapha ini mengakui dia kini lebih menghargai diri sendiri dan kehidupan.

“Mungkin kedengaran seperti pentingkan diri sendiri, namun pada pada pertengahan usia 20-an ini, saya mula belajar untuk lebih menyayangi diri sendiri.

“Dahulu saya mungkin kurang matang. Bila ada yang tegur saya semakin gemuk, saya akan berasa hati dan mula amalkan diet ekstrim.

“Memanglah berjaya kuruskan badan tapi benda kalau dipaksa memang tak seronok. Sekarang ini saya lebih mendengar apa yang tubuh saya mahukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI