fbpx

Amaran ribut petir di Pahang, Johor, Sarawak hingga tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Pahang, Johor dan Sarawak pada pagi ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran memaklumkan, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berterusan sehingga 12 tengah hari nanti.

“Cuaca buruk di Pahang dijangka berlaku di kawasan Pekan dan Rompin, manakala bagi negeri Johor pula di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya.

Selain itu, hujan lebat dan angin kencang di Sarawak dijangka berterusan di kawasan Kapit (Kapit) dan Bintulu (Tatau dan Sebauh).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda ribu petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebih sejam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI