fbpx

‘Ada wanita usia 67 kirim foto pakaian dalamnya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAZLEY Yaacob turut mengakui segan apabila kerap diberikan jolokan duda 'hot'.

PETALING JAYA – Sejak bergelar duda, penyanyi yang juga cef selebriti Datuk Fazley Yaakob mengakui didekati golongan wanita pelbagai peringkat usia yang mahu menjalin hubungan istimewa dengannya.

Fazley, 45, berkata, perkara tersebut semakin rancak berlaku selepas dia sah bercerai pada pada Oktober tahun lalu.

“Sebenarnya, dahulu anak-anak selalu tolong pantau akaun Instagram tetapi sejak bergelar duda, konten dihantar netizen wanita buat saya lebih berhati-hati.

“Saya tak ‘block’, setakat mereka hantar gambar tak senonoh pun biarkan sahaja cuma sekarang tidak benarkan anak-anak lakukannya lagi.

“Ada wanita berusia 67 tahun kirim foto pakaian dalam yang dipakainya. Kemudian saya tanya untuk apa dan dia jawab memang nak hantar kepada saya.

“Saya anggap semua itu hiburan sebelum tidur dan jarang sekat akaun orang,” katanya dalam satu sesi pertemuan bersama Kosmo! Online.

Melihat situasi sebegitu, pelantun Asmara Ini menyifatkan golongan wanita zaman sekarang semakin berani menyuarakan hasrat dan memulakan langkah pertama.

“Perempuan sekarang semakin berani. Ada juga wanita muda yang buka tingkap kereta dan jerit sebelum minta saya imbas Quick Response (QR Code) WhatsApp. Itu saya terkejut sebab tak pernah melalui situasi sebegitu.

“Kemudian sekarang kalau pergi bazar memang ramai beri makanan percuma sambil promosi diri mereka masih solo dan ingin jadi teman istimewa saya.

“Ada juga yang berani tegur saya depan anak-anak dan tawarkan diri mahu jadi isteri saya.

“Saya terhibur lebih-lebih lagi yang hantar ‘pickup line’ untuk mengurat seperti tanya saiz baju. Baju abang saiz apa? Sebab saya nak hantar baju nikah kita'” ujarnya.

Mengulas apabila ada pihak meletakkannya dalam kelompok duda ‘hot’ bersama beberapa selebriti lelaki lain, pelantun lagu Asmara Ini itu mengakui segan dengan gelaran tersebut.

“Sebenarnya saya segan dilabel sebegitu. Penerimaan orang sejak saya bergelar duda pun berlainan sehinggakan rasa nak pakai pelitup muka sebab bila keluar ke tempat awam.

“Mereka melihat saya bukan lagi seperti seorang artis tetapi produk yang mereka mahu cuba jual beli,” jelasnya.

Selain gelaran duda ‘hot’, dia juga dilabel seksi disebabkan gaya pemakaian setiap kali berada di gimnasium.

“Bagi saya itu kelakar, memang saya pergi gim atau main badminton memakai seluar pendek.

“Sekarang baru orang perasan dan tegur kulit cerah serta nampak bahagian paha sedangkan perkara sama sudah saya kongsi sejak setahun lalu.

“Kita tak boleh menidakkan kalau orang menilai. Kalau orang puji, anggap satu rezeki, jika keji, lihat sebagai peringatan,” tuturnya.

“Reaksi anak-anak hanya tergelak sebab sudah biasa tetapi itu belum lagi situasi mereka turut dipinang.

“Ada yang mahu ‘booking’ anak-anak saya sebagai menantu mereka selepas itu ‘kita’,” katanya lagi.

Terdahulu, Fazley dan bekas isterinya, Azrene Soraya Abdul Aziz mendirikan rumah tangga pada 2006 sebelum berpisah pada Oktober tahun lalu.

Difahamkan perpisahan tersebut berlaku atas persetujuan bersama dan hubungan mereka sehingga kini masih baik.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 16, Ahmad Fieradz Shah, 15, Ahmad Fierudz Shah, 14, serta Alayna Selma, 8 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI