fbpx

4 maut dalam perang persatuan teksi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan forensik melakukan siasatan di hentian teksi dekat bandar Johannesburg semalam. - AFP

CAPE TOWN – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh selepas ditembak oleh sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah perhentian teksi di bandar Johannesburg, lapor portal berita Channels TV kelmarin. 

Tembakan berlaku sehari selepas insiden serupa di kawasan berdekatan mengorbankan tiga nyawa. 

Kejadian mempunyai kaitan dengan persaingan sengit antara persatuan-persatuan teksi yang dicemari keganasan dan pembunuhan bagi menguasai industri menguntungkan selama beberapa dekad itu. 

Jurucakap Polis Afrika Selatan, Kolonel Dimakatso Nevhuhulwi berkata, sebuah kenderaan dinaiki oleh sekumpulan lelaki bersenjata berhenti di kawasan Jeppestown, Johannesburg pagi kelmarin. 

“Seorang pemandu teksi, penyelaras barisan penumpang dan dua peniaga terbunuh. Tiga mangsa yang cedera termasuk pemandu teksi, penumpang dan pelajar universiti.

“Serangan itu disyaki berkait dengan konflik dalaman industri teksi,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI