fbpx

259 keluarga terjejas banjir dapat bantuan Yayasan Sultan Ibrahim Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kit bantuan banjir yang diagihkan kepada mangsa terlibat hari ini.

PETALING JAYA – Seramai 259 keluarga dari Mukim Senai dan Mukim Bukit Batu di Johor yang kini ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas penempatan mereka dinaiki air menerima sumbangan daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Pemegang Amanah Urusan YSIJ, Datuk Avinderjit Singh berkata, sumbangan yang disampaikan berupa kit bantuan bencana melibatkan 155 keluarga bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senai, manakala DUN Bukit Batu pula seramai 104 keluarga.

“YSIJ dari semasa ke semasa menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa banjir yang kini ditempatkan di beberapa PPS.

“Sumbangan ini diharap memberikan suasana yang kondusif di pusat penempatan tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook Sultan Ibrahim.

Majlis serahan sumbangan tersebut berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senai, pada hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI