fbpx

[VIDEO] ‘Suami, anak tidur, terpaksa panggil bomba potong pintu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang wanita meminta bantuan bomba untuk memotong bahagian kunci pintu jeriji selepas tidak dapat masuk ke rumah berikutan suami dan tiga anak tidur nyenyak.

PETALING JAYA – Seorang wanita terpaksa memanggil bomba untuk memotong bahagian kunci pintu jeriji rumahnya gara-gara suami serta tiga anaknya tidur nyenyak dan tidak sedar kepulangannya di rumah.

Menerusi video TikTok Mamyra, dia terpaksa berbuat demikian selepas pelbagai cara dibuat untuk mengejutkan suaminya daripada tidur, namun tidak berjaya.

“Dari pagi sampai petang berjaga, petang tidurkan tiga hero sekali babanya tidur. Macam-macam cara dah buat, tapi bapa dan anak seorang pun tak bangun. Tak ada pilihan, minta tolong bomba datang potong kunci besi,” katanya pada kapsyen video.

Menjawab pertanyaan orang ramai, wanita itu memaklumkan dia terpaksa berbuat demikian memandangkan seorang daripada anaknya masih bayi berada di dalam rumah.

“Ini kecemasan juga sebab ada bayi. Saya pun tunggu di luar panggil depa berjam. Takut juga bayi menangis, tapi suami tidur tak terjaga.

“Telefon banyak kali tak angkat juga. Telefon anak pun tak angkat. Risau bayi takut dia terjaga menangis, bapa dia tak sedar tidur. Bahaya untuk bayi, sebab tu telefon bomba,” katanya.

Dalam pada itu, ramai yang terhibur apabila suami wanita tersebut tidak terjaga dengan bunyi siren jentera bomba.

“Siren bomba depan rumah pun tak bangun juga ke semua orang? Dahsyat betul punya mengantuk tu,” kata seorang pengguna TikTok.

“Jadi di sini saya boleh tegaskan, tahu kan penat macam mana seorang ibu jaga anak di rumah. Kadang suami ni terlepas cakap, ‘ala jaga anak je pun’. Ayat ‘je pun’, ni bukti sampai bomba datang pun tak sedar,” komen seorang individu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI