fbpx

[VIDEO] ‘Seorang ibu masih memerlukan ibunya juga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita yang sebak kerana merindukan ibunya yang sudah meninggal dunia.

PETALING JAYA – Satu sesi temu ramah yang berkisar tentang baju raya tiba-tiba bertukar hiba apabila seorang wanita menangis kerana terlalu rindukan sosok seorang ibu.

Menerusi temu ramah santai di aplikasi TikTok yang dikongsi @Adalyna, wanita berkenaan menangis apabila bercakap tentang ibunya yang baru meninggal dunia dua bulan lalu akibat kanser hari tahap empat.

“Mak cik beli baju raya tahun ni, tapi tahun ni rasa mak cik tak akan beraya sebab mak mak cik baru sahaja meninggal,” katanya.

Menurutnya, meskipun dia amat merindui ibunya yang merupakan tempat mengadu, dia tetap kuatkan semangat untuk beraya bersama suami dan anak-anaknya.

Klip video berdurasi 2 minit 35 saat itu turut tular dan mendapat reaksi sebak daripada orang ramai.

“Cara makcik tu bercakap macam dia lama pendam. Tiada tempat dia nak meluahkan perasaan, semoga Tuhan murahkanlah rezeki mak cik ni,” komen seorang netizen.

“Dia kan dari bagi soalan terus jadi sesi luahan perasaan. Tak boleh tahan nak nangis,” balas @Faizanakbahagia. -KOSMO! ONLINE

@yohanesaliwhat should i eat next?

♬ original sound – Yohanes Ali李振堂

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI