fbpx

[VIDEO] Peniaga petai tular dapat ganti rugi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video peniaga petai tular membuang jualannya di atas jalan selepas didakwa tidak dibenarkan berniaga oleh penguat kuasa.

PETALING JAYA – Peniaga petai yang tular membuang jualannya di atas jalan selepas didakwa tidak dibenarkan berniaga oleh penguat kuasa, telah menerima ganti rugi susulan kerugian ditanggungnya.

Ganti rugi tersebut adalah sumbangan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga Ahli Parlimen Port Dickson disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr. G. Rajasekaran kepada peniaga petai itu, Mohd. Noor Saad.

Dr. Rajasekaran (kiri) semasa lawatan di rumah Mohd. Noor (dua dari kiri) di rumahnya bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

Menerusi hantaran Facebook Dr. Rajasekaran, pihaknya telah mengadakan lawatan ke rumah Mohd. Noor bagi menyelesaikan perkara itu secara baik.

“YB menyampaikan sedikit sumbangan mewakili Datuk Seri Aminuddin bagi mengganti rugi petai yang tidak dapat jual pada hari ini.

“Hasil perbincangan, pihak MPPD ( Majlis Perbandaran Port Dickson) bersetuju untuk mengeluarkan lesen sementara kepada Pak Cik Noor bagi membolehkannya menjalankan perniagaan secara sah,” menurut hantaran itu hari ini.

Semasa lawatan ke rumah Mohd. Noor, ia turut dihadiri oleh Yang di-Pertua MPPD, Hasnor Abdul Hamid, Setiausaha MPPD, Mohd. Azizul Hakim, Unit Penguat Kuasa, Unit Perlesenan serta Ahli Majis Perbandaran, A. Segaran.

“Selain itu, Pegawai Penguat Kuasa MPPD iaitu Encik Kamarul juga hadir ke rumah Pak Cik Noor dan bersalaman sebagai tanda penyelesaian isu ini.

“Kami berharap langkah ini dapat meredakan ketegangan dan memberikan penyelesaian yang adil kepada semua pihak. Pihak MPPD juga akan terus memantau situasi bagi memastikan tiada lagi isu seumpama ini berlaku pada masa hadapan.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menyelesaikan isu ini secara diplomasi dan mesra. Semoga kejadian ini dapat dijadikan pengajaran dan panduan untuk menangani isu-isu komuniti dengan lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, tular video seorang penjual petai yang tular membuang jualannya di atas jalan selepas didakwa tidak dibenarkan berniaga oleh penguat kuasa.

Berikutan itu, orang ramai bersimpati dengan lelaki tersebut selain mengkritik pihak penguat kuasa berkait kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI