PETALING JAYA – Seorang wanita bertindak berani apabila menegur pasangan lelaki dan wanita yang melakukan aksi tidak senonoh di tempat awam dalam kejadian pada waktu malam.
Menerusi TikTok lyaariffin, pemilik akaun itu memuat naik video menegur kedua-dua individu tersebut yang dikatakan telah bertunang dan tindakan itu mendapat pujian daripada orang ramai.
“Saya tengok anda berdua pegang-pegang, mak cik tu dari jauh dah lapor. Ada masalah pun, boleh ke peluk-peluk cium-cium. Hantar dia balik rumah sekarang. Umur berapa dik? Saya tak kisah dah kahwin ke belum kahwin ke, jangan buatlah.
“Kalau salah faham, boleh ke peluk cium. Balik-balik, benda boleh bincang pakai telefon, tak payah datang sini peluk cium. Bulan puasa macam ni,” katanya kepada pasangan tersebut.
Sementara itu, lelaki itu memberitahu mereka berdua berusia 21 tahun dan dia memberi alasan bertemu tunangnya kerana mereka berdepan masalah.
“Saya dah tunang dengan dia, ada masalah sikit dengan dia. Kita orang rancang nak kahwin, nak selesai dengan dia saja. Saya dengan dia gaduh, salah faham,” katanya. Bagaimanapun, tunang lelaki tersebut tidak menjawab dan hanya berdiam diri.
Menerusi ruangan komen, pengguna media sosial memuji lyaariffin kerana bertindak berani menegur pasangan tersebut lebih-lebih lagi perbuatan itu dilakukan pada bulan Ramadan.
“Memang patut ditegur, dia ingat dah tunang boleh ringan-ringan ke kat tempat awam. Yang dah kahwin pun tak boleh buat tempat-tempat awam,” kata seorang pengguna TikTok.
“Berani betul sis ni tegur, terbaik,” kata seorang individu.
“Baru tunang bukan tiket dik. Orang dah kahwin pun tak buat tempat awam dik,” kata seorang pengguna TikTok. – KOSMO! ONLINE
@lyaariffin Akak panas dik oiii #bulanpuasa #sabar ♬ original sound – Sha🍉