PETALING JAYA – Rata-rata orang ramai teruja melihat isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali yang sering tampil bertudung, sejak akhir-akhir ini.
Terbaharu, Dr. Hasmah tampil mengenakan persalinan merah jambu dengan bertudung bawal warna sedondon.
Menerusi perkongsian seorang individu, sorotan video itu dirakam ketika Dr. Hasmah menghadiri sebuah majlis iftar di Masjid Mohamad Iskandar Wan Tempawan, Jalan Dato Kumbar, Alor Setar, baru-baru ini bersama Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Sekarang ni aku nak tahu, siapa yang ajar Tun Dr Hasmah pakai tudung bawal ni? Mana ada orang seusia dia nak pakai tudung bawal. Kan dah nampak muda daripada awak?,” kata individu berkenaan di media sosial.
Orang ramai turut bersetuju dengan kenyataan individu tersebut, malah tidak putus-putus memuji Dr. Hasmah kelihatan sangat berseri-seri bertudung bawal.
“Terkejut tengok Tun Dr. Hasmah pakai tudung bawal. Nampak muda,” ujar @fura69.
“Memang nampak sangat cantik Tun dengan tudung bawalnya. Wajah lembut, manis,” puji @imaafaz.
“Cantik dan kemas kan Tun pakai? Nampak berseri-seri. Kami sayang Tun Dr Hasmah,” komen netizen yang lain. – KOSMO! ONLINE
@walaun.peah #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – puteribunian26