PETALING JAYA – Sudah menjadi tugas pasukan bomba untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua yang berada dalam bahaya sama ada manusia ataupun haiwan, tanpa mengira waktu.
Begitu juga jasa sepasukan anggota bomba yang bertindak menyelamatkan seekor anjing terbelit jaring gol di sebuah padang.
Anjing tersebut yang berada dalam keadaan diam seolah-olah meminta tolong anggota bomba berkenaan menyelamatkannya.
Gara-gara wajah comel anjing tersebut, rata-rata netizen meninggalkan komen menyatakan perasaan kesian terhadap haiwan tersebut.
“Mata dah nak berair dah tu bang, karang menangis dia,” komen @Xmierul.
“Anjing ni kalau dia kena macam tu muka kemain jadi kesian, cuba tak kena apa-apa kemain menyalak dia kejar kita,” balas @PakcikHairulMatteck.
“Masalahnya muka dia comel je. Saya tak bersalah bang, bukan saya buat,” kata @Razieee.
@plumberbom Bagai melepaskan anjing yg tersepit 😂 #fyp #fypp #fypage #fypシ゚