fbpx

[VIDEO] Abang Grab Cina hias ketupat dalam kereta sambut raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang pemandu e-hailing kaum Cina yang menghias keretanya sempena Hari Raya Aidilfitri.

PETALING JAYA – Seorang pemandu e-hailing berbangsa Cina mendapat pujian orang ramai selepas kegigihannya menghias kereta dengan lampu ‘lip lap’ dan ketupat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Video memaparkan hiasan hari raya itu tersebut dimuat naik seorang pengguna Thread Azizi Azri Mansor yang menaiki kereta pemandu tersebut.

“Pagi tadi ‘on the way’ pergi kerja naik Grab. Sangat menghargai usaha dia walaupun Cina. Dekorasi raya dalam kereta buat kita ‘happy’, tambah pasang lagu raya ye. Kita anak Malaysia,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, ramai yang memuji usaha pemandu e-hailing berkenaan menghias kenderaannya sempena hari raya.

“Aku kalau dapat Grab macam ni, sepanjang perjalanan aku seronok dan gembira,” komen nurathirahhamid.

“Terbaik usaha dia, moga bertambah rezeki dia. Macam ni lah orang Malaysia bersatu hati dalam semua perkara tak kira bangsa dan agama,” komen julyanazainal.

“Dia lagi teruja daripada kita yang Islam nak raya ni. Cuba tanya dia, dah beli belum baju raya,” kata aswanie. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI