fbpx

Titijaya rai Rumah Anak Yatim At-Taqwa bersama SAY & Raja Muda Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENGKU AMIR SHAH (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif SAY, Aiman Syafiq Nazri (kiri) dan Poh Yit bergambar dengan replika cek sumbangan pada Program Ziarah Ramadan baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pemaju gaya hidup bandar, Titijaya Land Berhad dengan kerjasama Selangor Youth Community (SAY) dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah membawa senyuman kegembiraan kepada 55 kanak-kanak di Rumah Anak Yatim At-Taqwa menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kumpulan.

Selepas melakukan tinjauan ke atas bangunan rumah anak yatim berkenaan, Titijaya akan melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian bagi menambah baik keadaan bangunan tersebut, khususnya bahagian bumbung serta beberapa aspek lain.

Tengku Amir Shah bersama Pengarah Urusan Kumpulan Titijaya, Datuk Lim Poh Yit mengunjungi rumah anak yatim itu pada 19 Mac lalu dalam Program Ziarah Ramadan 2025, iaitu inisiatif SAY yang bertujuan membantu golongan kurang bernasib baik di seluruh Selangor.

Raja Muda Selangor merupakan Pengasas dan Presiden Eksekutif SAY.

Poh Yit berkata, pihaknya percaya bahawa memberi kembali kepada masyarakat dan membantu golongan yang memerlukan adalah satu tanggungjawab penting.

“Inisiatif ini hanyalah sebahagian daripada komitmen kami terhadap tanggungjawab sosial korporat dan usaha membina masa depan yang mampan.

“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan SAY dan Tengku Amir Shah dalam usaha murni ini.

“Kami juga menghargai usaha Tengku Amir Shah dalam memupuk masyarakat belia yang lebih dinamik di Selangor, dan berharap dapat menjalinkan lebih banyak kerjasama CSR pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI