fbpx

Tabung Haji umum agihan keuntungan 3.25%

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. NA’IM (dua dari kiri) pada Majlis Pengumuman Agihan Keuntungan TH 2024 di Menara TH Tun Razak, hari ini.

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat lebih tinggi sebanyak 3.25 peratus bagi tahun kewangan 2024, berbanding 3.1 peratus pada tahun kewangan sebelumnya.

Agihan keuntungan itu membabitkan jumlah agihan sebanyak RM2.92 bilion, berbanding RM2.72 bilion pada 2023.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar berkata, agihan itu akan memberi manfaat kepada lebih 9.54 juta pendeposit TH.

Menurutnya, ia merupakan kadar tertinggi yang dicatatkan untuk tempoh tujuh tahun sejak 2018.

“TH telah membantu lebih 1.5 juta umat Islam di negara ini mengerjakan haji sejak penubuhannya dan turut menanggung Bantuan Kewangan Haji sebanyak RM2.8 bilion sejak ia diperkenalkan pada 2001,” katanya dalam sidang akhbar hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI