fbpx

Shiha Zikir tak kisah ‘lebur’ RM150,000 demi lagu raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shiha dan kakaknya, Ieda.

SEPERTI tradisi wajib setiap tahun, tahun ini ramai penyanyi melabur mengambil risiko mengeluarkan lagu raya masing-masing. 

Tidak terkecuali pasangan adik-beradik Shiha dan Ieda Zikir turut muncul dengan single lagu raya duet pertama mereka berjudul Tum Tum Raya. 

Menariknya, lagu raya tersebut sebagai antara projek termahal yang pernah dijayakannya apabila menelan kos sehingga ratusan ribu ringgit bagi memberikan hasil menakjubkan. 

Shiha atau nama lengkapnya Nurshiha Mohd. Zikir, 38, juga berpuas hati dari segala aspek  pembikinan lagu sehingga penghasilan video muzik.

“Kos pembikinan lagu Tum Tum Raya antara paling tinggi pernah dikeluarkan, menghampiri RM150,000. Untuk kempen dan promosi sahaja, menelan kos RM30,000.

“Namun, saya bersyukur syarikat saya, Shiha Zikir Empire dibantu beberapa pihak yang bekerjasama dalam pembikinan lagu.

“Selepas melihat hasilnya, rasa puas sangat dapat buat apa yang diidamkan,” katanya.

Bercakap mengenai video muzik, pelantun lagu Kalam itu bertungkus-lumus menyiapkan studio yang disewa selama empat hari bagi memberikan hasil terbaik buat tatapan peminat. 

“Saya dan pasukan memang suka teroka perkara baharu. Sebelum ini, saya pernah hasilkan lagu raya yang video muziknya menggambarkan suasana kampung.

“Cuma kali ini, video muzik itu dirakamkan di studio. Demi mahu memenuhi konsep diinginkan, saya sanggup cat studio yang disewa dengan tiga warna iaitu merah, kuning dan hijau.

“Banyak cabaran dihadapi termasuk terpaksa menukar warna cat apabila hasilnya tidak seperti diinginkan,” ujarnya lagi. 

Dalam satu sisi berbeza, Shiha dan kakaknya Ieda itu dilihat tidak seperti penyanyi  lain yang melancarkan lagu dendangan biasa, sementelah mereka baru bergelar juara Famili Duo musim keempat (FD4).

Disebabkan masih tidak menemui material sesuai, Shiha berasakan keputusan melancarkan lagu raya ciptaan Ajay Amai dan Napie Hassan terlebih dahulu merupakan sesuatu yang tepat  memandangkan  semua orang sedang dalam emosi hendak menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. 

“Selepas saya dan Ieda menang, ramai bertanya bila hendak rakam single baharu. Saya ada terima beberapa lagu, cuma ada antara karya perlu diperbaiki.

“Memandangkan Aidilfitri makin hampir, saya cadangkan kepada kakak untuk rakam lagu raya dulu. 

“Mula-mula risau kerana lagu raya ini agak berbeza di mana diselitkan unsur komedi.

“Bagaimanapun, apabila kakak setuju, maka terhasillah lagu Tum Tum Raya,” jelasnya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI