fbpx

Seludup syabu RM1 bilion guna lilin tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mat Zaini menunjukkan dadah yang dirampas pihaknya pada sidang akhbar hari ini. -Foto AFIQ RAZALI

KLANG – Taktik sindiket antarabangsa menyeludup syabu bernilai lebih RM1 bilion di dalam lilin Paraffin terbongkar selepas dirampas polis di Pelabuhan Barat di sini, 25 Januari lalu.

Rampasan dilakukan kira-kira pukul 11 pagi dengan kesemua dadah itu disembunyikan dalam 166 tong dram di dua kontena berasingan yang dibawa masuk dari Iran di sebuah gudang kawasan berkenaan.

Kejayaan itu hasil pemeriksaan menyeluruh dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama Polis Persekutuan Australia (AFP).

Pemangku Pengarah JSJN Bukit Aman, Deputi Komisioner Mat Zani @ Mohd. Salahuddin Che Ali berkata, hasil maklumat awal mendapati kontena itu didaftarkan untuk membawa bahan memproses barangan kosmetik dan lilin.

Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas dua tong biru bertulisan ‘Paraffin Wax 3-5%’ yang mengandungi pepejal mampat disyaki dadah methamphetamine seberat 33,200 kilogram (kg).

“Kesemua dadah yang berada di dalam ketulan besar lilin itu dianggarkan bernilai RM1.062 bilion.

“Ini merupakan rampasan terbesar polis dan dadah itu boleh digunakan oleh seramai 166 juta penagih jika tersebar,” katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Pelabuhan Klang di sini, petang ini.

Menurut Mat Zani, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI