fbpx

Seorang maut, lima cedera rumah dua tingkat terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki maut manakala lima lagi cedera dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat di Lorong Bandar Hilir 3, Banda Hilir, awal pagi tadi.

MELAKA – Seorang lelaki maut, manakala lima lagi cedera dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat di Lorong Bandar Hilir 3, Banda Hilir, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa yang maut merupakan seorang lelaki berbangsa Cina berusia 59 tahun yang dipercayai terperangkap dalam rumah berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Suhaimi Atan, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999 pada pukul 3.58 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, rumah jenis kekal berkeluasan 20 x 65 kaki persegi itu didapati terbakar hampir 70 peratus. Seorang mangsa sempat menyelamatkan diri, manakala empat lagi berjaya diselamatkan anggota bomba.

“Bagaimanapun, seorang mangsa lelaki berusia 59 tahun gagal diselamatkan dan ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di dalam rumah tersebut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Suhaimi berkata, kebakaran turut memusnahkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah kereta jenis Kia Picanto, Honda Accord serta sebuah van Mercedes.

Operasi memadam kebakaran yang diketuai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah dengan bantuan BBP Padang Temu itu membabitkan seramai 20 anggota, dengan sokongan agensi lain termasuk polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kesemua mangsa yang cedera terdiri daripada empat lelaki berusia antara 50 hingga 76 tahun serta seorang wanita warganegara China berumur 38 tahun telah dihantar ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI