fbpx

Peter Anthony fail semakan keputusan Mahkamah Rayuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peter ketika hadir di Mahkamah Rayuan pada rayuan akhirnya pada 4 Mac lalu.

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony memfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan hukuman penjara tiga tahun serta didenda RM50,000 atas pertuduhan memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), 11 tahun lalu.

Peter selaku perayu memfailkan notis usul bersama afidavit sokongan di Mahkamah Rayuan pada 14 Mac lalu menerusi Tetuan Kow, Lau & Ezra dengan menamakan pendakwa raya sebagai responden.

Berdasarkan notis usul tersebut Peter memohon supaya mahkamah mengkaji semula dan mengetepikan sabitan serta hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan pada 4 Mac lepas terhadap perayu atas pertuduhan di bawah seksyen 468 Kanun Keseksaan.

Peter turut memohon supaya mahkamah membatalkan waran mempenjarakan bertarikh 4 Mac lepas yang dikeluarkan kepada Penjara Kajang terhadap beliau serta apa jua perintah-perintah berbangkit “Consequential Orders” diberi atau dibuat oleh mahkamah bagi tujuan keadilan kes ini.

Alasan lain dikemukakan ialah keputusan mahkamah sebelum ini bercanggah dengan Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan, selain Peter mendakwa panel rayuan tidak memberi penilaian yang mencukupi terhadap keterangan atau bukti baharu untuk membenarkan rayuan pemohon untuk dibebaskan dan dilepaskan.

Sementara itu, peguam Datuk Nicholas Kow Eng Chuan yang mewakili Peter ketika dihubungi media berkata pengurusan kes ditetapkan pada 26 Mac ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan.

Pada Mac lalu, Peter kekal dihukum penjara tiga tahun dan denda RM50,000 atas pmemalsukan di Mahkamah Rayuan di sini.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim selepas menolak rayuan akhir Peter, 54, bagi mengetepikan hukuman dan sabitan terhadapnya.

Dua lagi hakim yang turut bersidang Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara tiga tahun itu bermula serta-merta. Peter sebelum ini telah selesai membayar jumlah denda RM50,000.

Ketika membaca penghakiman ringkas panel terbabit, Hakim Mohamed Zaini menyatakan Mahkamah Rayuan tidak cenderung untuk mencabar dapatan yang dibuat oleh Mahkamah Sesyen kerana mahkamah itu berada dalam kedudukan terbaik untuk menganalisis dalam menilai keterangan mereka terhadap bukti yang dikemukakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI