fbpx

Perkhidmatan feri percuma sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berpeluang menikmati perkhidmatan feri secara percuma pada 29 dan 30 Mac ini.

GEORGETOWN – Orang ramai berpeluang menikmati perkhidmatan feri secara percuma pada 29 dan 30 Mac ini sebagai inisiatif khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025.

Tawaran istimewa itu diumumkan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) bagi memudahkan perjalanan pengguna serta mengurangkan kesesakan lalu lintas di negeri ini.

Menurut Pengerusi SPPP, Datuk Yeoh Soon Hin, perkhidmatan feri percuma ini disediakan untuk penumpang warganegara Malaysia bagi perjalanan di kedua-dua terminal feri utama, iaitu Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) dan Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU).

”Inisiatif ini adalah komitmen berterusan kami dalam memberikan kemudahan terbaik kepada rakyat Malaysia, terutama pada musim perayaan yang penuh bermakna ini.

”Selain itu, ia juga bertujuan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang lebih lestari dan efisien,” katanya di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI