fbpx

Pengurus ladang rugi RM1.9 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Pengurus ladang kelapa sawit berputih mata apabila bukan sahaja tidak dapat pulangan RM98.2 juta malah rugi sebanyak RM1.9 juta akibat diperdaya pelaburan mata wang kripto tidak wujud.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, mangsa berumur 69 tahun ditawarkan pelaburan itu oleh individu tidak dikenali menerusi aplikasi WhatsApp pada Disember lalu.

Katanya mangsa diarahkan memuat turun aplikasi pelaburan sebelum memulakan perdagangan mata wang kripto.

“Mangsa mengikut arahan suspek selepas berminat dengan tawaran keuntungan yang dijanjikan antara 20 hingga 40 peratus dari jumlah yang dilaburkan. Mangsa juga telah dimasukkan dalam satu kumpulan WhatsApp untuk arahan selanjutnya.

“Sejak Disember lalu, mangsa telah membuat transaksi pembayaran berjumlah RM1.9 juta sehingga bulan lalu ke beberapa akaun bank yang diarahkan suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kumar, selepas pembayaran dibuat, mangsa melihat pelaburannya di aplikasi didaftarkan telah mencatat keuntungan sebanyak RM98.2 juta (USD22.2 juta).

Katanya mangsa mahu mengeluarkan keuntungan tersebut, namun diminta untuk membuat pembayaran lagi.

“Mangsa percaya dirinya telah ditipu dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor pada semalam,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI