fbpx

Penduduk lebih rela sewa ayam 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan telur ayam yang dijual di sebuah pasar raya. – iStock

WASHINGTON – Rakyat Amerika Syarikat (AS) sanggup menyewa ayam selepas berdepan krisis bekalan dan kenaikan harga telur disebabkan penularan selesema burung H5N1, lapor akhbar Metro UK. 

Menurut Jabatan Pertanian AS, harga telur ayam dijangka meningkat 41 peratus tahun ini. 

Harga borong telur ayam saiz besar dilaporkan mencecah AS$8 (RM36) untuk 12 biji telur. 

Kenaikan harga itu didorong beberapa faktor termasuk permintaan tinggi, inflasi serta virus H5N1 yang menjejaskan berjuta-juta ternakan ayam telur. 

Telur mahal dan semakin berkurangan di pasaran menyebabkan orang ramai mula menawarkan perkhidmatan sewa ayam telur. 

Beberapa pemilik ayam pula mula menjual telur di laman Facebook. 

Ladang ternakan Rent The Chicken di bandar Goffstown, negeri New Hampshire menawarkan pelanggan menyewa dua ekor ayam telur selama enam bulan dengan bayaran serendah AS$600 (RM2,656). – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI