fbpx

Liga Super: Bekas bintang Liverpool dilantik CEO JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Luis Garcia (kanan) bersama Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT). - Foto Facebook JOHOR Southern Tigers

PETALING JAYA – Bekas pemain Liverpool, Luis Garcia sah menyertai pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta’zim (JDT) selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu bermula 1 April depan.

JDT menerusi kenyataan di laman Facebook JOHOR Southern Tigers berkata, pelantikan itu sesuai dengan penstrukturan bagi mengukuhkan dan memaksimumkan kepakaran pengurusan kelab.

“Bekas pemain Barcelona, ​​Liverpool dan Atletico Madrid itu juga adalah pemegang Lesen Pro UEFA dan Sarjana Eksekutif UEFA untuk pemain antarabangsa selain peranannya selaku duta untuk FIFA, UEFA dan LaLiga.

“Penstrukturan semula itu juga melihatkan Alistair Edwards kini menggalas dua peranan sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baharu dan Pengarah Teknikal kelab.

“Jawatan yang pernah disandang oleh bekas legenda antarabangsa Australia dan Johor dari 2017 hingga 2022, dimana beliau melakarkan pembangunan belia dan membentuk kejayaan Akademi JDT,” kata JDT.

Sebagai rekod, Garcia antara bekas pemain berprofil tinggi kelahiran Sepanyol di Eropah dan berjaya meraih beberapa kejayaan termasuk menjulang trofi Liga Juara-Juara (UCL) pada 2005 dan Piala FA (2006) ketika menyarung jersi The Reds. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI