fbpx

‘Lepas raya insya-Allah kita masih hidup, jangan habiskan semua duit ya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – “Ingat ya, lepas raya insya-Allah kita masih hidup. Jangan habiskan semua duit untuk sambut raya.”

Itu pesanan ringkas Pakar kewangan dan hartanah, Dr. Azizul Azli Ahmad supaya orang ramai lebih bersederhana membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Walaupun ringkas, hantaran beliau di media sosial itu menerima sambutan hangat orang ramai yang rata-rata bersetuju dengan kenyataannya itu.

“Moga dikurniakan kesedaran. Yang sendiri biasa-biasa saja dan pakai yang ‘kitar semula’, anak memang tak boleh la,” komen @Suhaila Aziz.

“Tahun ni aku banyak ‘kitar semula’ yang tahun lepas. Masih elok lagi tak cela dekat mana pun. Kasut dan beg masih elok, berjimat insya-Allah,” kongsi @Syahida Shukor.

“Awal bulan pula tu. Kena beringat selalu, banyak hari nak tempuh sebelum gaji seterusnya,” pesan @Afiah Solehah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI