fbpx

Lelaki maut kereta terlibat nahas lori bawa lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki maut selepas kereta dinaikinya terbabit nahas dengan sebuah lori di Kilometer 56, Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu dekat Lenggong hari ini.

SUNGAI SIPUT – Seorang lelaki maut manakala tiga yang lain cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan lembu di Kilometer 56, Jalan Kuala Kangsar-Gerik- Pengkalan Hulu, di sini hari ini.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Fariduddin Peli berusia 29 tahun.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kemalangan membabitkan kereta Proton Saga dan lori itu diterima pada pukul 12.49 tengah malam.

Katanya, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong segera diatur gerak ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Dalam kejadian ini, mangsa yang tersepit di bahagian penumpang hadapan disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dan tiga mangsa lain termasuk kanak-kanak lelaki berusia dua tahun cedera ringan.

“Tiga mangsa yang cedera itu telah dikeluarkan dari kereta oleh orang awam dan diserahkan kepada pasukan perubatan sebelum bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi kemudian dijalankan dengan mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas menyelamat sehingga mangsa berjaya dibawa keluar dari kenderaan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 2.40 pagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI