fbpx

Kelayakan Piala Dunia: Australia puas ‘ratah’ Sang Garuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lewis Miller (No. 3) meraikan jaringan yang dilakukan ke atas Indonesia semalam. - Foto Subway Socceroos

SYDNEY – Pasukan Australia optimis peluang untuk lolos ke pusingan akhir Piala Dunia 2026 semakin cerah selepas melakar kemenangan bergaya 5-1 ke atas Indonesia pada aksi kelayakan Kumpulan C di Stadium Sydney semalam.

Pada perlawanan itu, skuad Socceroos berjaya meraih jaringan menerusi ledakan Martin Boyle, Nishan Velupillay, Jackson Irvine (dua gol) dan Lewis Miller manakala pasukan pelawat mendapat jaringan saguhati hasil penyudah Ole Romeny.

Keputusan tersebut menyaksikan Australia mengukuhkan kedudukan selaku pasukan kedua dalam carta Kumpulan C dengan meraih 10 mata.

Pengendali Australia, Tony Popovic mengakui puas dengan aksi lima bintang yang dipamerkan oleh pasukan, tetapi percaya apa sahaja boleh berlaku pada baki tiga perlawanan kelayakan nanti.

“Sudah tentu saya positif dengan apa yang disaksikan kerana kemenangan mencerahkan lagi peluang kita untuk layak ke pusingan seterusnya. Bukan mudah untuk menjaringkan lima gol pada aksi kelayakan Piala Dunia tetapi pemain sudah berikan yang terbaik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI