fbpx

Jepun idam julang trofi Piala Dunia 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Jepun meraikan kejayaan layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2026 semalam. - Foto AP

SAITAMA – Jepun mengukuhkan status selaku negara No. 1 Asia selepas mencipta sejarah menjadi pasukan pertama yang layak secara merit ke kejohanan Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Bahrain 2-0 pada aksi kelayakan Kumpulan C semalam.

Pada perlawanan di Stadium Saitama 2002 itu, skuad Samurai Biru meraih gol hasil jaringan Daichi Kamada dan Takefusa Kubo untuk mendahului carta peringkat kumpulan dengan 19 mata selepas mengharungi tujuh perlawanan.

Keputusan tersebut menyaksikan Jepun yang menduduki ranking ke-15 dunia berjaya lolos ke Piala Dunia buat kali kelapan berturut-turut sejak kali pertama pada edisi 1998.

Kapten Jepun, Wataru Endo mengakui tekanan dalam kalangan rakan-rakan sepasukan sudah beransur hilang selepas berjaya berada dalam kelompok 48 negara yang akan bersaing di Piala Dunia tahun depan.

“Saya lega apabila kita layak ke Piala Dunia. Sekarang sasaran pasukan adalah untuk cuba untuk bergelar juara tetapi perjalanan masih panjang dan fokus perlu diberikan pada aksi menentang Arab Saudi minggu depan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI