fbpx

[VIDEO] Jangan tinggal saya – Tun Dr. Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Dr. Mahathir sewaktu bertemu sahabatnya, Hanafiah pada majlis berbuka puasa di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya malam tadi.

PETALING JAYA – Gelagat dan gurauan antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama sahabat baiknya, Tan Sri Hanafiah Hussain mengundang pelbagai emosi sama ada sebak, terharu dan gembira dalam kalangan orang ramai.

Menerusi video dikongsikan pengguna TikTok Adam Mohd. Muhayeddin, kedua-dua individu hebat itu bertemu dalam satu majlis berbuka puasa bersama Dr. Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya malam tadi.

Dalam video itu, kelihatan Dr. Mahathir yang berusia 100 tahun, manakala Hanafiah berusia 101 tahun bergurau senda dan dalam masa sama, turut ingat mengingati antara satu sama lain.

Hanafiah yang juga akauntan bertauliah Melayu pertama di Malaysia berkata, beliau dan Dr. Mahathir merupakan rakan sekelas.

“Saya tunjuk saya boleh berdiri. Kami ‘classmate’. Rahmat Allah beri, banyak rahmat. Kami berdua dilahirkan beratus tahun. Semua rakan dah mati, kami dirahmati oleh Allah. Beliau (Dr. Mahathir) lagi banyak dirahmati. Kita dua-dua jumpa lagi buka puasa depan ya. Maaf zahir batin ya.

“Datanglah hadiah sedekah Yasin dan al-Fatihah ya untuk kami berdua. Beliau (Dr. Mahathir) seorang yang baik. You (Dr. Mahathir) tak pergi England (sambung belajar), you pergi Singapura,” katanya.

Hanafiah turut berpesan kepada mereka yang hadir pada majlis tersebut untuk membuka al-Quran dan mencari surah Yasin ayat 12.

“Jangan lupa surah Yasin ayat 12, banyak jasa termasuk di loh mahfuz, tulis dah. Dua dua panjang umur jumpa lagi tahun depan, insya-Allah ya,” katanya sebak.

Dalam video itu, Dr. Mahathir turut bergurau mengatakan Hanafiah berjalan lebih cepat daripadanya.

“You jalan cepat daripada saya. Sebab tu saya tinggal ke belakang,” katanya.

Di akhir video, kedua-dua mereka turut melambai sebelum meninggalkan lokasi dan Hanafiah sempat berpesan dengan nada bergurau ‘jangan tinggal sembahyang’, manakala Dr. Mahathir tersenyum dan bergurau ‘jangan tinggal saya’.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang kagum dengan kedua-dua tokoh tersebut selain mendoakan mereka dipanjangkan usia.

“Nampak tan sri menangis, saya pun rasa sebak. Ya Allah panjangkan umur tan sri dan Tun Mahathir,” kata Akmashah.

“Ni bukan atuk biasa-biasa, tapi atuk berilmu, berjasa pada negara. Budak-budak sekarang mungkin dah tak kenal, tapi bagi kami yang membesar di zaman tun, kami bangga dan sayang tun,” kata Nor Ziana Abu.

Dr. Mahathir dan Hanafiah merupakan rakan sekelas ketika mereka menuntut di Kolej Sultan Abdul Hamid.

Hanafiah menyambung pengajian dalam jurusan perakaunan di England, manakala Dr. Mahathir ke Singapura dalam jurusan perubatan. – KOSMO! ONLINE

@amofficialmy

Tun M : 100 years old Tan Sri Hanafiah : 98 years old

♬ original sound – Adam Mohd Muhayeddin – Adam Mohd Muhayeddin

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI