fbpx

Jalan baru Nilai – Labu ke Bandar Enstek siap tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis Perasmian Pembukaan Lorong Tambahan Jalan Persekutuan FT51 Seremban-Kuala Pilah di Seksyen 8.50 di sini, hari ini.

SEREMBAN – Projek membina jalan baru dari Nilai – Labu ke Bandar Enstek, di Seremban dijangka dapat disiapkan sepenuhnya pada tahun depan, dengan melibatkan kos pembinaan lebih RM200 juta.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, projek pembinaan jalan baru tersebut merupakan projek tender semula yang mana kontraktor asal bagi projek ini telah ditamatkan kontrak pada 24 November 2022.

“Nilai kerja yang telah disiapkan oleh kontraktor terdahulu berdasarkan peratus kewangan adalah 47 peratus daripada jumlah keseluruhan projek.

“53 peratus baki kerja pula akan disiapkan oleh kontraktor baru yang telah dilantik iaitu Cergas Murni Sdn. Bhd,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pembukaan Lorong Tambahan Jalan Persekutuan FT51 Seremban-Kuala Pilah di Seksyen 8.50 di sini, hari ini.

Terdahulu, Nanta melakukan tinjauan sehari di beberapa kawasan di Seremban Negeri Sembilan dan dimulakan dengan meninjau pembinaan Projek Malaysia Vision Valley (MVV) di Bandar Enstek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI