fbpx

Isteri merajuk panjat pencawang elektrik 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang anggota polis cuba menyelamatkan wanita berkenaan. - X

NEW DELHI  – Seorang wanita di India mengundang perhatian orang ramai kerana memanjat pencawang elektrik voltan tinggi selepas bertengkar dengan suaminya, lapor portal berita Free Press Journal. 

Kejadian berlaku di bandar Prayagraj, negeri Uttar Pradesh baru-baru ini.

Rakaman dimuat naik di laman X oleh akaun @janabkhan memaparkan dia memanjat menara tersebut tanpa sebarang peralatan. 

Meskipun dirayu untuk turun oleh penduduk dan polis tempatan, wanita itu tidak mengendahkan permintaan mereka. 

Seorang anggota polis kemudian memanjat pencawang elektrik untuk menyelamatkan wanita tersebut. 

Orang ramai juga membentangkan jaring penyelamat di bawa menara sebagai langkah berjaga-jaga. 

Wanita berkenaan akhirnya dibawa turun dengan selamat selepas beberapa minit. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI