fbpx

Hubungan kembali jernih, Shila Amzah berbuka puasa dengan ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUBUNGAN Shila bersama ibu bapanya kini pulih.

PETALING JAYA – Ibarat air dicincang tak akan putus. Hubungan kekeluargaan penyanyi Shila Amzah nampaknya sedang pulih.

Selepas meluangkan masa dengan bapanya Datuk ND Lala, penyanyi Shila Amzah menikmati pula momen berbuka puasa dengan ibunya, Fauziah Sarman.

Ditemani suaminya, Ubai, pemilik nama lengkap Nurshahila Amir Amzah, 34, itu berkongsi foto bersama insan kesayangan menikmati juadah berbuka di sebuah restoran.

“Date (temu janji) dengan mak pula, bukber (buka puasa) dulu,” tulisnya pada kapsyen foto dikongsikan dalam Insta Story.

Sekali gus, situasi tersebut menunjukkan ikatan keluarga terbabit semakin utuh selepas melalui kemelut dalaman sekitar dua tahun lalu.

Sebelum ini, Shila dan ibunya dikatakan sudah berbaik selepas Fauziah hadir pada majlis akikah anak kedua Shila iaitu, Rhea Akira yang diadakan pada Oktober 2024.

Krisis antara mereka ketika itu adalah mengenai isu penjualan rumah banglo milik penyanyi terbabit yang dibangkang keluarganya.

Konfrontasi tersebut menjadi buah mulut ramai apabila adik-beradiknya membuka mulut menjadikan isu berpanjangan sehingga masing-masing kemudian tidak bertegur sapa.

Pada masa sama, hubungan Shila dengan ayahnya, Datuk ND Lala, 63, juga tegang apabila insan dihormati itu berkahwin secara rahsia dengan seorang wanita yang juga rakan sekolahnya

Perkahwinan ibu bapanya yang dibina pada tahun 1989 berakhir pada 2 Ogos 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI